Isnin, 28 Mei 2012

I'm Back Again



Hello semua,,,, hahahaha memang sepatutnya aku dah padam blog ni... Tapi rasa sayang pulak nak padam... So aku buat keputusan untuk kembali menulis semula,,, setelah sekian lama aku tinggalkan blog yang dah penuh besawang ni,,, hehehehe (menaip sambil membuang sarang labah-labah yang dah penuh),,,,huhuhuhu penat,,, ok kita kembali kepada cerita yang asal...

So seperti yang korang semua tahu aku telah pun graduated dari sekolah menengah aku,,,, kalau korang tak percaya sila lihat tarikh lahir aku di sebelah kanan ye,,,, wengweng,,, 1994 ok,,, so secara officially aku dah ambik SPM 2011 yang lepas.... So kepada semua 1994 bacth aku nak ucapkan taniah kepada yang berjaya ke IPTA/ IPTS/ POLITEKNIK dan sebagainyalahh,,, kalau nak taip satu- satu sampai esok tak kan habis,,,, huhuhuhu... Bagi yang kurang berjaya jangan putus asa mungkin ada hikmahnya,,, dan mungkin juga ALLAH ada merancangkan sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang,,,, Rasanye aku belum terlambatkan nak ucapkan semua ni,,, huhuhu,,, (Hah,,, apa?? Result aku,,, hahaha Allahamdulilah,,, apa yang aku hajatkan menjadi lebih baik)

So kiranya bayak jugaklah suka duka aku sepanjang tahun 2011 ini,,,, aku dapat kenal dangan banyak kawan,, aku ambik SPM,, ambik keputusan SPM,,, temuduga IPG (sebenarnya temuduga tu pada 16/5)huhuhu,,, dan lain- lain lagi,,,, lupa pula aku juga ada kucing baru,,,hehehe,,, best... Tapi aku dah nak tinggalkan rumah huhuhu sebab 2/6 ni aku bakal ke UiTM SUNGAI PETANI, MERBOK,KEDAH.... Hah ambik ko kedah diaorang hantar ko,,,,, padan muka,, huhuhuhu sedih asal aku dapat jauh sangat hah?? Dah lah bestfriend aku tak de dia dapat UiTM DUNGGUN, TERENGGANU.... Bagus sangat lah tu,,, sorang dekat utara sorang lagi dekat timur... Cuma Sselatan dengan barat je tak de lagi...

So,,, (asal semua ayat aku mula dengan 'SO'??) Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.... Woi,,, apa ko merepek ni hah,,, tak de keje lain ke??? ok,,ok aku nak ucapkan Selamat bercuti kepada semua budak sekolah rendah dan mengah,,, dan tak lupa juga kepada budak FORM 6 selamat bercuti,,,, Dan kepada para siswa/i selamat melanjutkan pelajaran anda yang bakal bermula pada bulan 6 nanti...

P/s: Akan datang aku akan postkan cerita persiapan aku untuk ke UiTM..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan